Assalamualaikum dan salam sejahtera . Di Malaysia telah banyak wujudnya rumah terbalik. Salah satunya di Sabah. Ianya merupakan salah satu tarikan di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa selama 30 minit.

Bagi pelancong yang ingin ke Kundasang, rumah terbalik ini harus dilawati kerana berada di tepi jalan ke Kundasang. Kedudukannya yang strategik memudahkan para pelancong untuk datang ke sini. Sudah pasti pengalaman baharu akan anda perolehi apabila berada di sini.

Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar.

Di tempat lain sukar untuk anda melihat semua benda berada dalam keadaan terbalik. Datanglah ke sini bagi melihat sendiri keunikkan susun atur rumah yang pasti mengujakan anda. Semoga bermanfaat!